Tuesday, February 23, 2016

SUDAH SETAHUN RUPANYA

Dicongak, dihitung, entah berapa purnama blog ini tidak bersentuh. Banyak yang nak ditulis, hampir kesemuanya hilang begitu sahaja.

Masa berlalu begitu pantas. Rupanya sudah melewati setahun usia aku tidak lagi menanti hari yang ditunggu ramai. Hari masuk gaji.

Satu ketika dahulu aku termasuk dengan rakan-rakan yang lain, sentiasa menghitung hari. Adakah bahagian kami pada bulan ini, ketika itu syarikat dilanda kegawatan. Kini tiada lagi yang gawat, tiada lagi teka-teka bermain. Tiada lagi harapan kosong membelenggu. Namamu hanya terukir ditinta sejarah. Menjadi lakaran bacaan sahaja.

Sesungguhnya begitu banyak hikmah yang boleh aku lihat. Ramai antara kami yang lebih berjaya. Ada yang meneruskan kerjaya masing-masing dengan syarikat lain. Ada yang menapak membina empayar sendiri. Ada juga yang masih menunggu. Ada juga yang terus berpindah bidang. Ada yang menjadi pengusaha kek, ada yang menjadi pengusaha keropok, dan berbagai lagi.

Aku...

Hendak dikata masih lagi bergelumang dengan pengalaman lama, boleh juga dikata begitu. Cuma bentuknya sedikit berubah. Kini menjadi 'freelancer'. Kaya dunia? Setakat ini Allah belum izinkan lagi. Kaya masa? Ya... Alhamdulillah, paling ketara aku punya banyak masa di hari jumaat untuk datang awal ke masjid. Punya lebih masa untuk duduk di masjid, juga punya masa untuk mengaji, sekurangnya Al-Kahfi.

Yang paling tidak disangka, mungkin angan lampau, mungkin juga sebahagian cita-cita. Aku terjebak dengan industri berasaskan pertanian. Siapa sangka dari pembeli, kemudian tolong belikan untuk kawan-kawan, kini Allah berikan aku kekuatan untuk menjadi penjual buah nanas. Khususnya Nanas MD2.

Nanas Md2

Sebelum aku menamatkan kerjaya di syarikat lama, aku sentiasa pautkan doa agar Allah tunjukkan dan permudahkan aku mencari rezeki yang memberikan aku punya lebih masa untuk agama dan keluarga. Seorang kawan pernah berkata, apabila kita tidak lagi makan gaji, tahap kebergantungan kita kepada Allah akan lebih meningkat. Kita akan sentiasa mengharapkan pemberian dari Allah, kita akan sentiasa memanjatkan doa kepada Allah. kita menginsafi kekerdilan kita.

Yakinlah dengan zikir yang di ajar oleh nabi sesudah solat maktubah. Sebagai manusia, kita hanya berusaha. Soal berjaya atau tidak, itu kita serahkan kembali kepada Allah. Dari segi adatnya, barangsiapa berusaha, dia akan berjaya

اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لَمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Ya Allah tidak ada yang dapat mencegah apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang mampu memberi apa yang Engkau cegah. Nasib baik seseorang tiada berguna untuk menyelamatkan ancaman dari-Mu


Thursday, November 6, 2014

CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI

Cuti Sekolah kembali lagi. Sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh anak-anak sekolah, juga ibu-bapa.

Belum pun cuti sekolah tiba ramai yang sudah merancang aktiviti yang bakal dilakukan bersama keluarga. Antaranya adalah berjalan-jalan bersama keluarga. Bagi yang bekerja, inilah masa untuk meregang minda. Melarikan diri dari kerenah pejabat. Tapi tidak semua orang boleh bercuti dengan aman terutama bagi merekan yang berada di bahagian operasi (termasuk yang menulis).

Dalam merangka percutian, pastinya telah dirancang ke mana hendak ditujui, siapa yang hendak dikunjungi, makanan apa yang hendak dijamah. Mungkin jarang sekali termasuk dalam agenda kita meletakkan masjid mana yang hendak kita singgahi, majlis ilmu mana yang hendak kita ambil manfaat. Betul, ramai yang akan solat. Tapi berapa ramai yang meletakkan solat sebagai agenda utama dalam perjalanan. Apatah lagi solat yang didirikan dalam jamaah. Kalau kita lihat di hentian, ianya suatu pemandangan biasa orang mendirikan solat secara individu, walau di sana ada peluang untuk mencari pahala dan keberkatan yang lebih melalui solat berjamaah.

Rancangkanlah perjalanan kita sebagai perjalanan yang lebih bertaqwa. Insyallah ada keberkatan dan kelebihan di sebaliknya tanpa kita ketahui. Berikan tumpuan pada perkara berikut
  1. Tanamkan azam di mana hendak solat. Afdalnya difikir untuk berhenti untuk dapatkan solat berjamaah apabila tiba waktunya. Maknanya dalam merangka perjalanan, kita telah meletakan sasaran di mana untuk berhenti berjamaah. Hendak mencari lokasi surau dan masjid tidaklah susah pada zaman sekarang. Menerusi aplikasi telefon pintar kita mampu mencari lokasi surau dan masjid berhampiran.
  2. Cari kesempatan untuk hadir ke majlis ilmu dari surau atau masjid berhampiran walaupun seketika cuma.
  3. Jadikan perjalanan sebahagian sesi pembelajaran anak-anak. Ajar anak-anak untuk melihat sekeliling. Setiap tempat ada ceritanya. Sekiranya kita ada pengetahuan tentang tempat tersebut, Kongsikan dengan mereka.

Tuesday, November 4, 2014

1 NOV 2014 - HOGOH PAHANG HOGOH

1 Nov 2014....satu tarikh keramat. Bagi peminat bola sepak, ianya merupakan noktah Piala Malaysia edisi 2014 di antara Pahang dan JDT. Dikala orang lain berdebar menanti malam, aku dan rakan-rakan juga dilanda debaran yang sama. Bezanya kerana desakan kerja. Minggu dan bulan memerah otak agar misi dapat dijayakan. Agak malang, belum lagi sampai ke garisan penamat, semangat kami semua dicalari dengan pengalaman yang memeritkan!

Diturutkan hati memang malas ingin ke pejabat. Tapi atas dasar amanah dan tanggungjawab, digagahkan jua semangat meredah kesesakkan lalu-lintas menghala ke Bukit Jalil. Destinasi yang sama dengan penonton perlawanan akhir, cuma tujuan saja yang berbeza. Masing-masing dengan impian dan harapan. Harapan kami, biarlah projek ini segera disapa sirna.

Tiba di pejabat sekitar 3 lebih. Bas dan kereta tak terkira bilangan, menjalar sepanjang jalan sekitar stadium. Secara rasminya kerja aku bermula sesudah maghrib. Datang awal bagi mengelak dari tersangkut dan juga sebagai membuat persediaan awal untuk kerja.

Awal lagi niat telah dipasang untuk melihat kemeriahan. Walau tidak dapat menonton bersama anak-anak yang secara terang telah menyatakan sokongan ke atas pasukan Pahang, sekurangnya dapat juga mengecap suasana final di stadium. Hendak ditonton melalui streaming pula, pastinya banyak gangguan, tambahan pula kerja yang dipantau bertaraf nasional.

Sesudah asar, aku bersama rakan bersedia untuk mencilok ke stadium. Bukan rembas, juga tidak renyai. Hujan turun dengan lebat. Ku sedapkan hati, tak lama lagi sidanglah hujan. Alhamdulillah, menghampir 5:30, hujan mulai reda. Kami bergegas ke stadium untuk melihat suasana sambil mencari makan.

Berbekalkan kamera usang dengan waktu yang terhad, kami berpusing mencari ruang dicelahan kereta. Kami sampai ke kawasan yang dipenuhi penyokong Pahang. Alhamdulilla, sempat diambil beberapa keping gambar suasana sebagai kenangan. Juga melepas gian memetik kamera.
















Monday, November 3, 2014

TCP_MISS/401 1486 GET ftp

Ini adalah masalah yang biasa dihadapi kepada pengguna squid di mana tetapannya ada secara tetapan langsung (force proxy), bukannya transparent proxy.

Ianya berlaku kerana destinasi ftp tidak membenarkan autentikasi login anonymous.

Biasanya ralat yang akan dipaparkan adalah seperti berikut:

ERROR
The requested URL could not be retrieved

An FTP authentication failure occurred while trying to retrieve the URL: ftp://202.164.xxx.xxx/Squid sent the following FTP command:
PASS
The server responded with:
User anonymous cannot log in.

Manakala log squid pula akan kelihatan seperti berikut:

TCP_MISS/401 1486 GET ftp://202.164.xx.xxx/ - DIRECT/202.164.xx.xxx text/html

Sebagai perbandingan untuk laman yang membenarkan autentikasi anonymous, lognya akan kelihatan sebegini

TCP_MISS/200 3887 GET ftp://ftp.openbsd.org/ - DIRECT/129.128.5.191 text/html

Berdepan masalah sebegini, anda boleh membuat pengecualian pada tetapan pelayar yang anda gunakan di bahagian tetapan proxy

1- Dibahagian FTP Proxy
2- atau No Proxy For



Thursday, September 25, 2014

UBUNTU: PRECISE KE TRUSTY

Dah lama tak menjenguk ke sini. Sampai domain sendiri kena suspend kemudian terminate pun tak sedar. Periksa dekat registrar langsung dah hilang.

Hari ini terlintas nak akses ke satu server yang dah berkurun juga tak akses. Tiada masalah biasanya malas nak akses (tabiat tak berapa bagus untuk sysadmin).Lagi pun tiada apa yang menarik selain menjadi mesin ujikaji dengan spesifikasi lebih dari 10 tahun.

Masuk sahaja, keluar prompt untuk upgrade ke trusty. Dah tak ingat berapa generasi ubuntu/debian pernah pakai dari tahun 98. Dari zaman pakai sparc 5/10/20. Sebelumnya distro pilihan slackware atau redhat.

Beredarnya zaman, semakin mudah proses naik taraf. Dengan satu arahan sahaja proses ini boleh berlaku.

# do-release-upgrade

Ikut sahaja arahan, kalau tak pasti fahami dahulu :)

Dah habis, nak pastikan versi apa yang kita guna boleh gunakan

# lsb_release -a
No LSB modules are available.
Distributor ID: Ubuntu
Description:    Ubuntu 14.04.1 LTS
Release:        14.04
Codename:       trusty


Wednesday, June 11, 2014

NAIK TARAF OSSEC 2.8

Dari mula pasang OSSEC, dah masuk versi 2.8. Proses naik taraf tak sesusah mana. Ikut saja arahan Insyallah akan jalan seperti biasa. Boleh pilih nak gantikan versi lama atau dibuang dahulu versi yang lama.

Sekiranya ada konsep pelayan dan ejen, haruslah dibuat penambahan baru bersama dengan kuncinya sekali. 

Jika ada masalah boleh rujuk kepada ossec.log.

Langkah Pemasangan di ejen:

# wget http://www.ossec.net/files/ossec-hids-2.8.tar.gz
# tar zxvf ossec*
# cd ossec-hids-2.8
# sh install.sh
# /var/ossec/bin/manage_agents
# /var/ossec/bin/ossec-control restart

Tuesday, August 6, 2013

IP KEPADA NAMA | NAMA KEPADA IP


Ada banyak halaman yang boleh memberikan maklumat sebegini. Antaranya
adalah yougetsignal.com.

Melalui penggunaan Linux, terdapat satu aplikasi yang boleh membantu kita membuat pencarian yang sama. Ianya dipanggil bing-ip2hosts.

PEMASANGAN

# cd /usr/local/src/

# wget  http://www.morningstarsecurity.com/downloads/bing-ip2hosts-0.3.tar.gz

# tar zxvf bing-ip2hosts-0.3.tar.gz

# cd bing-ip2hosts-0.3/

# cp bing-ip2hosts /usr/local/bin/

PENGGUNAAN

# bing-ip2hosts namadomain.com