Beberapa minggu yang lepas dalam menemani isteri ke Putrajaya atas urusan dengan pejabat imigresen saya telah ditemukan dengan seorang ustaz lagi hafiz. Beliau merupakan ustaz yang agak terkenal di Malaysia.
Apa yang menarik adalah cara dipertemukan dengan beliau yang meruntun minda untuk berfikir di sebalik peristiwa.
Malas untuk melangkah ke pejabat imigresen menemani isteri mengambil passport saya mencari tempat untuk berteduh di sekitar kawasan parkir kereta di situ. Pada mulanya berteduh di bawah pokok. Namun banyak pula kerengga.
Dalam mencari, terpandanglah sebuah kerusi kosong di hadapan lot kedai yang ratanya masih lagi belum beroperasi. Elok sangat.... Sementara menunggu, dari melangut tak tentu hala, elok juga membaca. Kebetulan di dalam kereta memang ada kitab riyadus solihin.
Belek punya belek, mata terhenti pada hadis "Setiap amalan itu dengan niat". meneliti hadis itu, sebuah merz hitam menghampiri tempat letak kereta dan berhenti betul-betul di hadapan saya. Sekali imbas terasa macam dikenali orang di dalamnya. Apabila pintu dibuka, sahlah memang ustaz ni.
Apabila beliau keluar, saya memberi salam, berjabat tangan dan menyapa khabar .Menurut beliau, pejabatnya memang di situ.
Setelah beliau beredar, terasa indah sungguh pertemuan yang tidak disangka ini. Mungkin juga ketika membaca hadis tadi ada terlintas untuk bertemu dengan orang-orang yang baik :).

Comments
Post a Comment
Pandangan anda dihargai