DM@TITIWANGSA - SEPAGI BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS

Pagi Ahad lepas sekali berpeluang bersama Ustaz Azhar Idrus dalam sessi kembara foto. Memang pantang melepaskan peluang untuk outing bersamanya setiap kali beliau ke KL. Cuaca yang agak mendung dan berjerubu tidak mengizinkan untuk mendapat pemandangan yang agak baik, ayat biasa bagi orang tak reti ambil gambar sebenarnya :).

Dapat join dalam group dah agak lewat. Setelah tamat tawaf sekeliling tasik kami singgah di sebuah warung untuk minum pagi. Sedang minum, datanglah seorang penunggang motosikal yang menunggang motosikal Triumph. Mungkin inilah peluang terbaik untuk mendapatkan gambar tercantik pada hari itu. Alhamdulillah, abang motor ini tidak lokek untuk mengizinkan motor beliau dijadikan sebagai subjek foto.

Seperti biasa, nak kena ada model. Kalau bukan Pok Mang siapa lagi :)

Pok Man@Mang










Comments