KEMBALI KE PERSADA MAYA

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan hilang sekejap dari radar Internet, domain ini muncul kembali. Hilang seketika kerana tapak hosting yang lama telah tidak lagi beroperasi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada sahabat yang telah menumpangkan domain ini secara percuma selama beberapa tahun yang lepas.

Dalam proses peralihan ini, hampir semua coretan lama tidak dapat dipaparkan kerana faktor-faktor teknikal. Lagi pun bukan ada apa yang menarik sangat dalam coretan yang lama. Di sini pun belum tentu lagi rajin untuk menulis :). Tapi disebabkan kemudahan yang ada, mengapa tidak menulis walau sedikit. Semoga apa yang ditulis dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan yang membaca.

Comments