ILMU YANG DICARI BUKAN UNTUK ADU-DOMBA

Peringatan utk diri sendiri & yg sudi membaca

Di legarkan persoalan ini kpd pencinta/penuntut ilmu. Apakah tujuan kita bersusah-payah mendatangi majlis ilmu. Lumrahnya krn kita cuba utk keluar dari kegelapan kpd cahaya, dari jahil kpd berilmu. Seterusnya ia menjadi paksi kpd amalan kita supaya . Bukanlah tujuan kedatangan kita utk mencari salah dan silap guru-guru kita. Ianya juga bukanlah pentas adu-domba utk dipestakan. Kita tidak menjadi hebat krn menjadi jaguh adu-domba....menjadi juara pentas fitnah. Takut laknat jua menyinggah.

Perkara fitnah tidaklah perlu panjangkan. Biarkan ianya terhenti di tempat ia bermula. Terkadang, persoalan yg ingin kita ajukan tidak langsung menjernihkan keadaan, sebaliknya memanjangkan fitnah & adu-domba. Jika ada persoalan bersarang dihati, utamakanlah persoalan yg dpt memperbetulkan diri dan amalan kita sebelum kita sibuk dgn hal org lain. Jgnlah didengki akan gerakan dakwah...setiap org ada caranya, setiap penyampai ada sasarannya. Salinglah kita lengkap-melengkapi agar yg tidak kenal agama menjadi kenal agama, yg kurang ilmu bertambah ilmunya, yg berilmu istiqamah amalnya.

Risaukanlah saudara-saudara kita yg jauh dari agama...anak-anak kita yg belum terdidik dgn agama. Semoga kita, saudara seislam sentiasa dalam taufiq & hidayah Allah. Semoga hidayah Allah juga sampai kpd rakan2 'non-muslim' kita.

Comments