MZ - SIMULASI DoS ( UDP )

Penulisan ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan perkongsian pengalaman, dan yang paling penting adalah sebagai catatan sebelum terlupa :). Saya tidak bertanggungjawab di atas salah-laku di atas perkongsian ini.

'Tool'/Peralatan yang digunakan adalah Mausezahn atau singkatannya 'mz'. Fungsinya utamanya adalah sebagai alat untuk menghasilkan trafik.Tujuan penggunaan adalah pelbagai dan bergantung kepada sipenggunanya. Di sini, penggunaan adalah untuk melihat impak dari serangan yang dilakukan dan juga untuk melihat ketahanan 'firewall' dalam menerima serangan.

CONTOH SIMULASI DoS - UDP

Arahan :

mz eth0 -A < SRC IP > -B < TARGET IP > -t udp "dp=1-1023" -P "Salam 1 Malaysia! :)" -c 0

Tempoh Serangan = 10 Minit
Impak ( Tertinggi dalam 1 minit ) = 79.2 Mbps / 206.1 Kpps
Bilangan 'frame' dalam 1 saat = 11****

* "SRC IP"/Sumber IP boleh diguna dalam bentuk CIDR. Jika digunakan dalam bentuk CIDR impaknya akan lebih besar. Sebagai contoh /25 akan menghasilkan frame yang lebih banyak berbanding /29

* "-c 0" tidak sesuai digunakan jika kita berhasrat membiarkan sahaja serangan tanpa dipantau 'unattended'

* Jika hanya untuk melihat apa yang bakal dibuat dan berapa banyak frame yang akan dihantar, gunakan "-S -v"

* "Target Host" biasanya akan membalas balik dgn icmp port unreachable

RUMUSAN

Kita harus mengetahui impak yang bakal berlaku. Pengetahuan ini hanya akan datang jika kita mengetahui apa yang hendak dilakukan. Semata 'copy & paste' biasanya akan meninggalkan kesan yang negatif jika kita tidak tahu apa yang kita lakukan.

Comments