Sebenarnya kami sekeluarga agak kerap ke Kuantan. Mungkin kami suami isteri masing-masing mempunyai nostalgia tersendiri dengan bumi Kuantan. Saya pernah menetap di Kuantan sekitar hujung 70an manakala isteri pula pernah belajar di MRSM Kuantan.
Setelah mempunyai anak-anak, Kuantan merupakan antara lokasi pilihan kami sekeluarga untuk bercuti. Asalnya, kali ingin kami hanya ingin menginap di sekitar Beserah semalaman sahaja. Tetapi setelah dipertimbangkan kembali, dan kasihankan anak-anak, dari semalaman dijadikan dua malam. Memandangkan keputusan dibuat agak lewat, hotel yang telah ditempah tidak lagi mempunyai kekosongan pada hari yang dikehendaki. Mengagau juga mencari hotel. Akhirnya, terjumpa sebuah hotel yang namanya tidak pernah kami ketahui wujudnya di Kuantan.sebelum ini. Mula-mula, langsung tidak tertarik kerana lokasinya di tengah-tengah bandar dan bukannya di persisiran pantai seperti pilihan kebiasaan. Apa nak buat, pilihan yang tinggal tidak ada, dan dah malas nak buat panggilan mencari hotel lain. Hotel The Zenith menjadi pilihan dan harganya pula agak berpatutan.
HARI PERTAMA
Keluar dari rumah matahari dah agak meninggi. Rancangan awal ingin keluar sesudah subuh, tetapi terlewat juga atas beberapa masalah teknikal :). Sangkaan awal jalan sudah jem melihatkan tol gombak yang sudah mula panjang barisnya. Alhamdulillah, sangkut hanya ditol, tiada masalah selepas dari tol.
Tiba di Kuantan jam sudah melewati jam 12 tengahari. Sasaran pertama, Taman Gelora. Sudah pasti karipap panas! Seperti biasa, kali ini apa yang dicari tidak ada. Tak tahu, bila sebenarnya waktu mereka beroperasi. Acapkali bila kami sampai, gerainya tutup. Mungkin tiada rezeki...
Kemudian, kami bergerak menuju ke Tanjung Lumpur untuk solat zuhur dan makan di warong Pak Su & Mak Su. Ini antara tempat makan wajib singgah semenjak 2008.
Kami suka singgah di sini kerana lokasinya yang berdekatan dengan masjid. Juga makanannya yang menepati citarasa kami sekeluarga. Lokasinya bersebelahan dengan Pondok Polis Peramu. Di sini, kegemaran kami lebih menjerumus kepada makanan laut yang digoreng tepung, seperti udang, sotong dan ikan, tak lupa juga sata. Juadah lain pun banyak juga, cuma apabila ke sini, itu sahaja menu pilhan kami sekeluarga.
Selesai makan, kami bertolak ke The Zenith Hotel untuk daftar masuk. Setibanya di sana, kami sudah berkira-kira, di bahagian manakah kami akan ditempatkan kerana dari jauh ianya adalah bangunan berkembar. Rupanya, satu hotel dan satu lagi bangunan untuk pejabat dan persidangan. Ketika membuat pendaftaran, kami difahamkan jenis bilik yang telah dipersetujui semasa membuat tempahan telah pun penuh!
Akhirnya, setelah mengakui kesilapan mereka, kami diberikan bilik junior suite :). Alhamdulillah, memang sesuatu yang tidak diduga. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak hotel atas ihsan mereka ini.
Makan malam pula, kali ini kami mencari sedikit kelainan berikutan cadangan dari beberapa blog tentang pilihan makan malam di Tanjung Lumpur. Biasanya, pilihan kami adalah Ana Ikan Bakar Petai. Tapi kali ini kami ingin pula mencuba Ketam Goreng Telor Masin di Marina Seafood.
Selesai makan malam, kami kembali ke hotel. Sebelum masuk ke bilik, kami berhenti seketika di IT Fair yang terletak di bahagian Convention Centre. Tiada apa yang khusus dicari, hanya sekadar membawa anak-anak melihat sekeliling. Kalau di KL rasanya dah hampir 10 tahun tidak berkunjung ke IT/PC Fair. Tak tahan kerana manusia yang ramai.
Tapi di Kuantan ini, pada hemat saya ketika waktu kunjungan sekitar pukul 8 malam, pengunjungnya tidak berapa ramai dan agak selesa bagi sesiapa yang ingin mencari barangan IT. Cuma pilihannya tidaklah terlampau banyak jika dibandingkan dengan yang di KL. Tapi, untuk pasaran sekitar Kuantan, rasanya ianya sudah memadai.
Setelah mempunyai anak-anak, Kuantan merupakan antara lokasi pilihan kami sekeluarga untuk bercuti. Asalnya, kali ingin kami hanya ingin menginap di sekitar Beserah semalaman sahaja. Tetapi setelah dipertimbangkan kembali, dan kasihankan anak-anak, dari semalaman dijadikan dua malam. Memandangkan keputusan dibuat agak lewat, hotel yang telah ditempah tidak lagi mempunyai kekosongan pada hari yang dikehendaki. Mengagau juga mencari hotel. Akhirnya, terjumpa sebuah hotel yang namanya tidak pernah kami ketahui wujudnya di Kuantan.sebelum ini. Mula-mula, langsung tidak tertarik kerana lokasinya di tengah-tengah bandar dan bukannya di persisiran pantai seperti pilihan kebiasaan. Apa nak buat, pilihan yang tinggal tidak ada, dan dah malas nak buat panggilan mencari hotel lain. Hotel The Zenith menjadi pilihan dan harganya pula agak berpatutan.
HARI PERTAMA
Keluar dari rumah matahari dah agak meninggi. Rancangan awal ingin keluar sesudah subuh, tetapi terlewat juga atas beberapa masalah teknikal :). Sangkaan awal jalan sudah jem melihatkan tol gombak yang sudah mula panjang barisnya. Alhamdulillah, sangkut hanya ditol, tiada masalah selepas dari tol.
Tiba di Kuantan jam sudah melewati jam 12 tengahari. Sasaran pertama, Taman Gelora. Sudah pasti karipap panas! Seperti biasa, kali ini apa yang dicari tidak ada. Tak tahu, bila sebenarnya waktu mereka beroperasi. Acapkali bila kami sampai, gerainya tutup. Mungkin tiada rezeki...
![]() |
Udang Goreng Tepong - Warong Pak Su & Mak Su |
![]() |
Anak-anak sedang menikmati juadah |
Selesai makan, kami bertolak ke The Zenith Hotel untuk daftar masuk. Setibanya di sana, kami sudah berkira-kira, di bahagian manakah kami akan ditempatkan kerana dari jauh ianya adalah bangunan berkembar. Rupanya, satu hotel dan satu lagi bangunan untuk pejabat dan persidangan. Ketika membuat pendaftaran, kami difahamkan jenis bilik yang telah dipersetujui semasa membuat tempahan telah pun penuh!
Akhirnya, setelah mengakui kesilapan mereka, kami diberikan bilik junior suite :). Alhamdulillah, memang sesuatu yang tidak diduga. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak hotel atas ihsan mereka ini.
Makan malam pula, kali ini kami mencari sedikit kelainan berikutan cadangan dari beberapa blog tentang pilihan makan malam di Tanjung Lumpur. Biasanya, pilihan kami adalah Ana Ikan Bakar Petai. Tapi kali ini kami ingin pula mencuba Ketam Goreng Telor Masin di Marina Seafood.
![]() |
Ketam Goreng Telor Masin |
![]() |
Siakap Kukus Asam Boi |
Ketika kunjungan, masih belum ramai lagi orang yang berkunjung. Mungkin masih awal lagi. Jika ingin dibandingkan jumlah pengunjung, Kedai Ana Ikan Bakar biasanya telah menerima ramai kunjungan pada waktu yang sama, mungkin anaslisa kami kurang tepat kerana ini adalah kunjungan kami yang pertama ke sini dan kedainya pula baru beroperasi. Secara keseluruhannya, saya lebih selesa dan cenderong kepada sajian di Ana. Bagi isteri saya, ketam ikan masinnya berjaya menambat hati beliau, cuma harganya sedikit mahal berdasarkan sajian yang telah kami pilih. Selain itu, kami juga mencuba Siakap Kukus Asam Boi.
Tapi di Kuantan ini, pada hemat saya ketika waktu kunjungan sekitar pukul 8 malam, pengunjungnya tidak berapa ramai dan agak selesa bagi sesiapa yang ingin mencari barangan IT. Cuma pilihannya tidaklah terlampau banyak jika dibandingkan dengan yang di KL. Tapi, untuk pasaran sekitar Kuantan, rasanya ianya sudah memadai.
![]() |
IT Fair Kuantan |
Comments
Post a Comment
Pandangan anda dihargai