Kacamata politik itu sempit. Yang syumul itu ajaran Islam. Lihatlah setiap perkara berdasarkan Al-Qur'an & As-Sunnah. Dalam berkata & menulis, biarlah Islam itu sandarannya. Kenali Islam itu bukan di akhbar harian, bukan juga ditabloid, jauh sekali blog yg sarat dgn berita yg tidak mendekatkan hati kita kpd Allah. Ramai hari ini gemar menjadikan umpat keji sebagai makanan harian sehingga lupakan murka Allah yang besar terhadap mereka. Hukum-hakam seolah tiada dilintasan fikiran.
Tenangkan hati kita dgn ayat-ayat suci Al-Qur'an dengan zikir-zikir. Semoga ianya menjadi ubat kepada jiwa yang kacau. Lagi banyak masa dihabiskan dengan membaca berita-berita yang belum tentu benar dan langsung tiada kaitan dengan kita, semakin jauhlah kita dari mendekati Allah. Semakin banyak pula bisikan-bisikan syaitan meresap ke jiwa sehingga bisikan itu menjadi belitan yang sukar untuk dihuraikan. Jadilah bacaan-bacaan ini sebagai ruji harian yang mempengaruhi kehidupan harian.
Renungkan sejenak, adakah bahan bacaan yang kita baca itu dapat menenangkan jiwa kita, dapat membuatkan diri kita terasa ingin menjaga solat. Tidak culas dalam solat, solat di awal waktu, terasa bersalah tidak dapat menunaikannya secara berjamaah. Mulut rasa terkunci dari membicarakan perkara yang tidak benar dan hati pula rasa bersalah?
Jika tiada, sedarlah kita hanya ditipu oleh syaitan yang tidak perlu kita marahkan kerana yang sememang tugasnya mengajak manusia ke arah perseteruan dan perbalahan. Jauhkanlah diri dari politik sekiranya ia hanya menyempitkan fikiran kita dan membuatkan diri kita semakin jauh dari Allah. WA.
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). Al-Maidah:2

Comments
Post a Comment
Pandangan anda dihargai