ANDROID - BUANG IKLAN MENGARUT

Telefon berasaskan Android. Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi kerana pengguannya yang begitu meluas sekarang ini. Berdasarkan maklumat dari seminar di MCMC minggu lepas, android menduduki tangga teratas dari segi paling banyak mempunyai ancaman virus/malware berbanding yang lain.

Setelah banyak muat turun aplikasi, tiba-tiba muncul iklan yang kurang bermaruah. Banyak sudah aplikasi yang difikirkan berkemungkinan membawa masuk sekali paparan ads ini. Tapi masih ada.

Akhir sekali terjumpa saranan dari satu forum supaya memasang AirPush Detector. Alhamdulillah, dapat dikesan aplikasi mana yang membawa onar tersebut. Tapi, ralatnya, aplikasi tersebut adalah aplikasi Al-Qur'an. Sungguh sedih...

Comments