Alhamdulillah Syaaban bakal menghilang dan digantikan pula dengan Ramadhan. Bulan yang paling dinanti oleh kaum muslimin. Bulan yang penuh keistimewaan dan keberkatan.
Ahli ibadah dan mereka yang cenderung meningkatkan amal ibadah pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mengisi setiap ruang yang ada dengan pelbagai ibadah yang wajib dan sunat. Ada juga antara kita yang mengambil kesempatan untuk menambah duit pendapatan, buat mereka yang bersungguh menambah duit pendapatan, perlu juga melihat adakah ruang yang sama diperuntukan untuk mencari redha Ilahi. Ditakuti keuntungan yang dikaut tidak menjadi berkat, malah semakin jauh dari Allah.
Buffet Ramadhan
Anak bulan Ramadhan belum lagi muncul tapi segala macam iklan Buffet Ramadhan telah muncul dimerata-rata tempat. Kelihatan seolahnya Ramadhan ini adalah bulan untuk melampiaskan kehendak anak tekak dan perut. Bukan pula bulan untuk menginsafi keperitan golongan miskin dalam mendapatkan sesuap nasi.
Ada juga antara majlis buffet ini hanya berkisar sekitar berbuka sahaja. Berbuka dari sudut menghilangkan haus dan kelaparan, bukan berbuka dalam keadaan menghayati ibadah puasa itu. Mungkin juga ada yang tercicir kefarduan solatnya dalam kesibukan berbuka.
Ada setengah majlis pula dihadiri oleh mereka yang hatinya tidak langsung ingin ke sana. Hadirnya semata paksaan dari majikan yang ingin melihat majlisnya kelihatan ramai dan meriah. Niat asal mungkin ingin mencari pahala dengan memberi makan, tapi lain pula jadinya apabila yang hadir bukan dengan kerelaan dan rasa diri dizalimi.
Khatam Al-Qur'an
Alhamdulillah Ramadhan menjadi bulan kesedaran buat setengah muslim untuk membaca Al-Qur'an. Al-Qur'an yang tersimpan elok dan masih cantik jika tidak dilitupi habuk bakal menjadi tatapan kita. Berkejaran masjlis tadarus dirancang. Matlamat yang mungkin satu, iaitu untuk menamatkan 30 juzuk Al-Qur'an sepanjang Ramadhan. Ahhh! untuk dibuat secara individu kelihatan amat sukar. Teknik pembahagian bacaan menjadi pilihan. Maka berlumbalah kita membaca Al-Qur'an semata ingin tergolong dalam mereka yang telah menamatkan bacaan 30 juzuk. Di mana tarteel, di mana tajwidnya, suatu yang jarang diambil peduli sangat kerana ramai yang dirangsang dengan hadis galakan membaca Al-Qur'an, jika membaca dalam keadaan merangkak pun akan dapat pahala. Kemudian kita juga disogok dengan kisah para imam dan orang alim yang mampu mengkhatamkan Al-Qur'an pada jumlah yang banyak dikehidupan mereka. Jadi di sana terselit keinginan untuk menamatkan bacaan dalam tempoh Ramadhan bukan semata mencari kelebihan dan pahala dari bacaan.
Betulkah pemahaman kita ini? Atau kita hanya syok sendiri? Tidakkah bacaan yang salah membawa dosa? Mereka yang alim ini dapat menghabiskan bacaan kerana mereka membacanya dalam keadaan yang tarteel. Membaca secara tarteel ini tidak akan dperolehi tanpa dipelajari. Adakah kita telah menunaikan hak Al-Qur'an ini sebelum kita membacanya? Masih merangkak dalam bacaan setelah belajar dengan baik tidaklah sama dengan membaca tanpa belajar. Hanya membaca surah Al-Ikhlas dengan tarteel tidak sama dengan membaca satu juzuk tanpa betul tajwidnya apatah lagi jika lari makna bacaan disebabkan kesalahan bacaan. Sekiranya kita mengetahui akan lemahnya bacaan kita dan banyak melakukan kesilapan mengapa kita tidak mengambil pendekatan memperbaiki bacaan kita sebelum menjelangnya Ramadhan? Atau sememangnya kita hanya dari jenis mementingkan khatam berbanding dengan mencari pahala dari bacaan.
Semoga Ramadhan kita menjadi lebih bermakna dan diberkati Allah. WA

Comments
Post a Comment
Pandangan anda dihargai