DUGAAN & CABARAN
Malam semalam kami sekeluarga terpaksa ke APSH untuk buat ujian darah bagi dua anak yang bongsu. Demam yang tak kebah hampir seminggu. Berbetulan pula kenanya pada minggu yang akaknya mengambil peperiksaan UPSR. Betul-betul minggu yang menguji kecekalan kami sebagai ibu bapa. Alhamdulillah, kakak dapat mengharungi peperiksaan tanpa ada sakit dan demam.
Habis kerja semalam, ambil yang kecil, abang dan akak, terus ke klinik. Sampai dalam 6:45. Tunggu punya tunggu, giliran belum tiba.Memandangkan maghrib dah berlalu separuh waktu, kami mengambil keputusan untuk ke masjid dulu. Masa itu giliran kami dalam selang empat nombor dari nombor semasa.
Selesai solat, terus kembali ke klinik. Ingatkan dah terlepas nombor giliran, rupanya pesakit sebelum kami sedang berada dalam bilik rawatan dengan doktor. Nasib baiklah tak tunggu. Yang penting urusan dengan Allah perlu didahulukan. Semasa di masjid, saya menjadi makmum masbuk diimamkan seorang anak muda yang mengimami rakan-rakannya yang lain. Rasanya mungkin pelajar tingkatan 5 yang mengikuti kelas tuisyen berhampiran masjid. Alhamdulillah, semoga mereka termasuk dalam salah satu dari kelompok 7 golongan yang mendapat naungan Allah di hari perhitungan kelak.
Di dalam bilik rawatan, doktor kata, memandangkan demam dah berlarutan seminggu, dia cadangkan supaya terus ke hospital untuk diambil darah. Meskipun anak-anak kelihatan aktif, doktor sarankan juga baik dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut untuk mengetahui punca mengapa demam yang tidak baik-baik walau telah dua kali ditukar anti-biotik. Rawatan mula, bermula pada 10/9, kemudian 14/9. Semasa rawatan susulan ini, doktor menegaskan darah belum perlu diambil dan hanya sekiranya demam berlarutan lagi sehingga ahad, barulah perlu diambil. Masa ini taklah risau sangat sebab kedua-duanya nampak aktif. Cuma hati dah tak berapa sedap pada hari esoknya ketika sebelum memulakan perjalanan bercuti ke Kuantan. Bangun tidur anak yang bonsu matanya dah tak berapa boleh nak buka sbb bertahi mata yang agak banyak. Semasa baru memulakan perjalanan anak yang ketiga pula mengadu pening. Cabaran...cabaran. Dalam hati hanya berdoa semoga semua segera sembuh dan dapat menikmati cuti sempena kakak habis UPSR.
Balik cuti, semua nampak OK saja, kecuali memang badan masih lagi dedar-dedar. Memandangkan minggu sebelumnya dah hampir seminggu bercuti, kami tangguhkan hajat untuk membawa mereka ke klinik pada sebelah petang selesai waktu kerja. Setelah dapat surat rujukan klinik, kami singgah makan seketika. Masa ini ummi dah tak boleh nak makan. Pastinya risau. Mana tak risau, kalau denggi, ianya suatu yang tidak boleh diambil mudah, apatah lagi kami pernah mengalaminya dahulu. Cuma pada anak-anak langsung tiada tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan denggi kecuali demam yang agak lama.
Tidak mahu mengambil risiko dan atas jalan usaha, biarlah susah sedikit. Dengan anak yang baru balik sekolah petang tak mandinya, kami terus ke APSH setelah selesai makan ala kadar. Nasib baik orang tak berapa ramai. Masa ambil berat badan anak yang ketiga, beratnya telah susut beberapa kilo, itu yang nampak sedikit kurus. Dalam perjalan ke APSH, dia agak diam. Dah agak, rupanya takut nak kena ambil darah.
Sebelum diambil darah, anak yang bongsu perlu diberi ubat demam yang kena masuk ikut punggung. Boleh tahanlah berperang dengannya. Lepas itu giliran abangnya untuk diambil darah. Alhamdulillah, abang kewl saja selepas diberi kata-kata perangsang oleh misi yang bertugas. Adiknya, tak payah nak cerita panjang, nampak misi yang masukkan ubat demamnya tadi, terus saja melalak. Terpaksa diselimut dan dipegang kemas agar jarum tidak mencederakannya. Raungannya memecah sepi sehingga keluar!
Sejam menunggu terasa begitu lama. Akak dan abang dah tertidur di atas kerusi menunggu. Alhamdulillah, keputusan yang ditunggu melegakan kami. Ianya bukan denggi dan sesuatu yang membahayakan. Hanya viral fever! Alhamdulillah, hanya ujian yang ringan untuk kami sekeluarga. Esok pagi barulah sampai ke rumah, sebab dah melintas garisan malam dan menjengah pagi hari berikutnya ....
Esoknya....saya pula yang tak boleh bangun dan badan terasa amat lemah, tak tahu kenapa, lepas hantar anak sekolah, bagi anak-anak makan dan ambil ubat saya pun sambung tidur, sedar-sedar dah nak masuk zuhur....
PENGAJARAN
1- Jangan ambil mudah dengan kesihatan anak kita, anak mungkin kelihatan aktif tapi mungkin ada virus yang menyerang yang perlu mendapat rawatan sepatutnya.
2- Dapatkan pandangan kedua, dari doktor berlainan. Kerana setiap doktor ada cara dan pengalaman tersendiri.
3- Pastikan ada menyimpan alat mengesan demam dan diletakkan ditempat yang selamat dan mudah ingat.
4- Jangan menipu anak dalam memberi ubat dan bersabar dengan karenah mereka ketika memberi ubat.
5- Sentiasa tanamkan hasrat ingin solat berjamaah. Insyallah Allah akan permudahkan kita untuk mendapat jamaah meskipun telah terlepas jamaah utama.

Comments
Post a Comment
Pandangan anda dihargai