YANG HILANG
Alhamdulillah, UPSR telah berlalu. Minggu dan bulan yang memenatkan juga telah berlalu. Tiada lagi pulang lewat malam selasa, tiada lagi bekejaran dengan waktu di hujung minggu. Pastinya jarang lagi dapat pengajaran dari si buta di masjid Muaz. Juga, mungkin jarang lagi singgah di medan selera Setiawangsa untuk menikmati chicken chop Pak Malek yang menjadi kegemaran anak yang kedua
Itulah pengorbanan ibu bapa dalam memastikan anak mendapat keputusan yang terbaik. Secara tidak langsung ianya juga pengajaran dan pengalaman hidup bagi si anak. Betapa pengerbanan yang dibuat oleh ibu bapa mereka untuk melihat mereka berjaya. Pengalaman ini juga sebenarnya kita kutip dari ibu bapa kita dahulu, cuma caranya mungkin berbeza bersesuaian dengan peredaran zaman.
MINGGU UPSR
Minggu UPSR juga merupakan minggu yang getir bagi segelintir ibu bapa. Ramai yang mengambil cuti bagi memastikan kualiti makanan dan kesihatan anak berada ditahap yang terbaik. Juga bagi memastikan anak-anak dapat menggunakan ruang-ruang terakhir sebelum peperiksaan dengan pengisian terbaik. Dalam berusaha, kita pasti tak lupa bermunajat kepada Allah kerana tiada kejayaan yang boleh dikecapi tanpa izinnya. Perkara yang sama perlu diterangkan kepada anak-anak kerana ianya berkaitan dengan akidah, berkaitan dengan perkara keimanan. Mungkin mereka agak sukar memahaminya ketika ini, tapi itulah penerapan yang harus diberikan agar ianya lekat diminda mereka. Mereka perlu tahu yang Maha Berkuasa adalah Allah Jalla Wa 'Alla.
SEKOLAH HEBAT
Suka juga ingin dikongsikan pengalaman betapa prihatinnya guru-guru sekolah SKS (Sekolah Kebangsaan Setiawangsa). Hingga saat terakhir mereka masih lagi mencurahkan pengalaman dan titipan berguna untuk anak-anak didik mereka. Ingat lagi, sebelum peperiksaan esoknya, anak kami masih lagi mengikuti kelas tuisyen terakhir pada sebelah malam yang berakhir pada jam 10. Di siang harinya juga ada lagi guru yang menganjurkan kelas selepas tamat waktu peperiksaan. Pada mulanya terasa lebih baik baca sendiri sahaja di rumah. Tapi setelah peperikksaan tamat, sememangnya itulah yang terbaik kerana, balik sekolah anak memang tak membaca sangat, banyak tidur dari membaca, mungkin kepenatan!
Sekalung tahniah buat guru-guru SKS. Usaha anda memang melayakkan sekolah ini dinobatkan sebagai salah satu SBT.

Comments
Post a Comment
Pandangan anda dihargai