JJCM - UPIN & IPIN

Perjalanan dari Pekan ke KL benar-benar memenatkan. Memandu dalam keadaan hujan dan kereta yang berjujutan melemahkan badan.

Tiba di rumah berkejar untuk Maghrib. Selesai Isyak tercari-cari tempat untuk mengisi perut. Anak-anak pula ada yang dah tidur. Ada yang menangis pabila dikejutkan, ada yang tidur-tidur ayam.

Deatinasi utama food court sekolah teknik...penuh! Kemudian tergerak ke Taman Melati. Alhamdulillah, ada parkir kosong di hadapan kedai makan Upin&Ipin. Dengan keadaan anak-anak yang kurang ceria dan mengantuk, ternampak sahaja kedai ini, terus ceria...hilang mengantuk.

Masa itu hari pun dah sedikit lewat, nak cepat pesan sahaja nasi ayam 3 set. Alhamdulillah, anak-anak dapat menghabiskan nasi yang dihidangkan.

Suasananya memang mesra anak-anak.

Comments