INDERAPURA LAKE RESORT - PEKAN ( BANDAR DIRAJA ) PAHANG

Patutnya dah lama keluar entri ini. Dah lama terperok dalam draft folder. Sibuk ditambahkan kadar Internet yang agak perlahan di puncak bukit ini membuatkan ianya terperam sehinggalah masuknya UNIFI :).

Persinggahan kali ini kami menetap di Inderapura Lake Resort. Pemergian kali ini sememangnya tiada dalam kalendar kami. Hanya dibuat setelah mendapat panggilan dari kakak yang mengatakan MRSM mengarahkan murid-murid untuk balik kerana MRSM diperlukan bagi satu majlis untuk -PM. 2 hari sebelum kami hendak ke sana, katanya majlis untuk PM di MRSM dibatalkan!

Inderapura Lake Resort Pekan

Inderapura Lake Resort - Depan

Inderapura Lake Resort tak jauh mana pun dari MRSM dan pentingnya tak jauh dari Masjid At-Taqwa Pekan. Dah namanya ada tasik, ianya memang bersebelahan dengan tasik, tidak pasti tasik asal atau buatan. Menginap di sini kira OK lah. Tak adil rasanya kalau hendak dibandingkan dengan hotel-hotel besar sekitar Kuantan. Tak jauh dari sini ada tempat untuk riadah dan litar go kart.

Malas pula nak sambung menulis, biarlah gambar sahaja yang berbicara seterusnya...

Ada jeti kecil di belakang Resort

Pandangan belakang
Jeti - Pandangan dari bilik
Kaki pancing sesuai tinggal di sini, tak payah nak pergi jauh :)

Comments