PFSENSE - 404 not found

Dalam bulan ini dapat satu tugasan untuk menjaga tembok api dari jenis pfsense.
Semalam cuba memasang apa yang dipanggil dashboard. Bila nak masuk kembali dia punya webgui, dapat ralat 404 not found.

Mula-mula tak syak ada kaitan dengan pemasangan dashboard. Setelah masuk melalui ssh dan menggunakan CLI, juga ujian kepada sub direktori lain, tidak menunjukkan masalah. Hanya muka utama sahaja.

Apabila cari index.html / index.php di direktori /www, memang tak wujud. Apa yang jumpa hanya "index.php.before_dashboard".

Nak ringkas, buat satu salinan kembali kepada index.php. Alhamdulillah, akses kembali seperti sebelumnya.

Comments