1 Nov 2014....satu tarikh keramat. Bagi peminat bola sepak, ianya merupakan noktah Piala Malaysia edisi 2014 di antara Pahang dan JDT. Dikala orang lain berdebar menanti malam, aku dan rakan-rakan juga dilanda debaran yang sama. Bezanya kerana desakan kerja. Minggu dan bulan memerah otak agar misi dapat dijayakan. Agak malang, belum lagi sampai ke garisan penamat, semangat kami semua dicalari dengan pengalaman yang memeritkan!
Diturutkan hati memang malas ingin ke pejabat. Tapi atas dasar amanah dan tanggungjawab, digagahkan jua semangat meredah kesesakkan lalu-lintas menghala ke Bukit Jalil. Destinasi yang sama dengan penonton perlawanan akhir, cuma tujuan saja yang berbeza. Masing-masing dengan impian dan harapan. Harapan kami, biarlah projek ini segera disapa sirna.
Tiba di pejabat sekitar 3 lebih. Bas dan kereta tak terkira bilangan, menjalar sepanjang jalan sekitar stadium. Secara rasminya kerja aku bermula sesudah maghrib. Datang awal bagi mengelak dari tersangkut dan juga sebagai membuat persediaan awal untuk kerja.
Awal lagi niat telah dipasang untuk melihat kemeriahan. Walau tidak dapat menonton bersama anak-anak yang secara terang telah menyatakan sokongan ke atas pasukan Pahang, sekurangnya dapat juga mengecap suasana final di stadium. Hendak ditonton melalui streaming pula, pastinya banyak gangguan, tambahan pula kerja yang dipantau bertaraf nasional.
Sesudah asar, aku bersama rakan bersedia untuk mencilok ke stadium. Bukan rembas, juga tidak renyai. Hujan turun dengan lebat. Ku sedapkan hati, tak lama lagi sidanglah hujan. Alhamdulillah, menghampir 5:30, hujan mulai reda. Kami bergegas ke stadium untuk melihat suasana sambil mencari makan.
Berbekalkan kamera usang dengan waktu yang terhad, kami berpusing mencari ruang dicelahan kereta. Kami sampai ke kawasan yang dipenuhi penyokong Pahang. Alhamdulilla, sempat diambil beberapa keping gambar suasana sebagai kenangan. Juga melepas gian memetik kamera.

Comments
Post a Comment
Pandangan anda dihargai