CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI

Cuti Sekolah kembali lagi. Sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh anak-anak sekolah, juga ibu-bapa.

Belum pun cuti sekolah tiba ramai yang sudah merancang aktiviti yang bakal dilakukan bersama keluarga. Antaranya adalah berjalan-jalan bersama keluarga. Bagi yang bekerja, inilah masa untuk meregang minda. Melarikan diri dari kerenah pejabat. Tapi tidak semua orang boleh bercuti dengan aman terutama bagi merekan yang berada di bahagian operasi (termasuk yang menulis).

Dalam merangka percutian, pastinya telah dirancang ke mana hendak ditujui, siapa yang hendak dikunjungi, makanan apa yang hendak dijamah. Mungkin jarang sekali termasuk dalam agenda kita meletakkan masjid mana yang hendak kita singgahi, majlis ilmu mana yang hendak kita ambil manfaat. Betul, ramai yang akan solat. Tapi berapa ramai yang meletakkan solat sebagai agenda utama dalam perjalanan. Apatah lagi solat yang didirikan dalam jamaah. Kalau kita lihat di hentian, ianya suatu pemandangan biasa orang mendirikan solat secara individu, walau di sana ada peluang untuk mencari pahala dan keberkatan yang lebih melalui solat berjamaah.

Rancangkanlah perjalanan kita sebagai perjalanan yang lebih bertaqwa. Insyallah ada keberkatan dan kelebihan di sebaliknya tanpa kita ketahui. Berikan tumpuan pada perkara berikut
  1. Tanamkan azam di mana hendak solat. Afdalnya difikir untuk berhenti untuk dapatkan solat berjamaah apabila tiba waktunya. Maknanya dalam merangka perjalanan, kita telah meletakan sasaran di mana untuk berhenti berjamaah. Hendak mencari lokasi surau dan masjid tidaklah susah pada zaman sekarang. Menerusi aplikasi telefon pintar kita mampu mencari lokasi surau dan masjid berhampiran.
  2. Cari kesempatan untuk hadir ke majlis ilmu dari surau atau masjid berhampiran walaupun seketika cuma.
  3. Jadikan perjalanan sebahagian sesi pembelajaran anak-anak. Ajar anak-anak untuk melihat sekeliling. Setiap tempat ada ceritanya. Sekiranya kita ada pengetahuan tentang tempat tersebut, Kongsikan dengan mereka.

Comments