KEPUTUSAN UPSR 2016 SKS KL

Semua sudah maklum keputusan UPSR tahun 2016 telah melakar sejarah. Pelbagai analisa dan telahan dibuat. Pelbagai jawapan juga telah diberikan. Ringkasnya, perasaan anak-anak dijadikan taruhan. Mungkin sedihnya tidak lama, tapi ianya tetap menjadi satu episod suka dan duka dalam kehidupan mereka.

Harapan Masih Membara
Setelah hampir setahun lamanya (mungkin juga lebih dari itu) bersusah payah, berpenat lelah menghambat masa bagi mempersiapkan anak agar mendapat keputusan yang baik, pastinya harapan yang ditanam tidaklah rendah. Setidaknya, keputusan yang diharapkan mampu membawa anak yang seorang ini mengikut jejak langkah kakaknya yang kini berada di MRSM.

Seperti ibu bapa yang lain, kami juga meluangkan masa untuk mendengar keputusan yang bakal diumumkan. Sebelum tiba di dewan, sisipan berita di Whatsapp tidak berapa menggembirakan.
Congakan kasar berdasarkan berita yang diterima melihat penurunan peratusan yang agak tinggi.

Memohon Harapan
Dalam hati sudah berbisik, ramai yang bakal mencurahkan air mata kesedihan hari ini.

Harapan untuk melihat anak mendapat straight A juga sudah agak menurun. Hanya 12 orang sahaja yang mendapat 6A, terjawab sudah teka teki.

Wajah-wajah yang agak ceria di awal kedatangan tertunduk muram. Sudah ada kilau sinar di kelopak mata. Terutama yang telah menerima jawapan melalui SMS.

SBP, MRSM tiba-tiba seolah kabur. Inilah apa yang dapat dirasa pada hari tersebut. Walau yang berlaku selepasnya adalah berlainan, di mana syarat kelayakkan dilonggarkan. Perasaan benar-benar diuji pada hari itu.
Perasaan Sudah Berkecamuk

Pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar pada hari itu rata-ratanya tergamam, termasuklah Tan Sri Zulhasnan yang hadir untuk memberikan saguhati kepada anak-anak yang berjaya. Saya kira ini merupakan acara tahunan beliau di SKS dari zaman belum bergelar Tan Sri lagi.
Gembira Dalam Duka

Memandangkan jumlah yang mendapat 6A adalah kecil, sudah ditakdirkan yang mendapat 4A ke atas juga sama-sama mendapat saguhati. Walau begitu, ianya masih tidak dapat menghapuskan genangan air mata kesedihan terutama bagi mereka yang disasarkan untuk mendapat 6A, termasuklah anak kami.
Sedih dan Hiba....

Apa pun kami pasrah dan bersyukur dengan segala keputusan yang diterima. Pasti adanya hikmah disebalik kejadian...




Comments

Popular Posts

Scanned

Website Security Test