JJCM - KUALA KANGSAR BHG 2

MAKAN MALAM

Urusan utama dah selesai. Tibalah waktunya melayan perut setelah penat berjalan. Mana nak tuju. Ada yang kata cari ke kawasan benteng. Adik di hotel ada sebut nama kedai, tapi lupa pula. Pusing punya pusing ternampak satu kedai makan. Rasanya adik hotel tadi ada juga sebut nama kedai ini. Maaf dah tak ingat pula apa nama kedainya.Yang pasti di kedainya ada bendera Kelantan. Semua dah agak layu, makan pun ala kadar sahaja.

ARENA KUALA KANGSAR
Made in Bangladesh!
Sebab nak cepat, lupa nak bawa selipar anak yang pergi sekolah. Nak kena cari selipar pula. Tak kan esok nak jalan pakai kasut sekolah. Memandangkan ada yang bagi cadangan pergi ke Arena, kami pun carilah jalan menuju ke sini. Sebenarnya dah masuk dah ke kawasan belah sini masa nak cari makan. Tapi tiada yang memanngil.

Bukan setakat selipar yang dapat. Siap beli seluar produk Bangladesh lagi. Jangan tak percaya! Sebab dah agak penat, lagi pun ada yang dah tidur dalam kereta sambil menunggu. Anak yang ikut saya kata, "esok kita datang ke sini lagi". Peniaga di situ memaklumkan, dalam pukul 10 dah buka.

Esoknya selepas sarapan dan ronda-ronda sekitar Kuala Kangsar, anak ajak kembali ke Arena. Kali ini semua turun. Seorang nak itu, seorang nak ini. Sebab harga barangan yang dijual tak mahal mana, layan saja permintaan anak-anak.

SARAPAN PAGI

Subuh! Di Masjid Ridzwaniah saya dan anak lelaki saya menunaikan solat. Walau bukan dalam lingkungan berhampiran dengan hotel, secara berkenderaan ianya masih lagi dekat dengan hotel.



AM Mee Kicap


Seingat saya belum pernah lagi kami menginap di hotel yang tidak menyediakan sarapan pagi. Adik-adik di hotel mencadangkan kepada kami untuk mencuba mee kicap. Kedengaran menarik.

Am MeeKicap, itulah menu yang bakaal dicari. Lokasinya pun tak susah nak dicari tambahaan pula jauh dari kesesakan lalu-lintas.

Kalau nak cari, sebelahnya ada bengkel kereta manakala di hadapannya pula ada Taski An-Nur ABIM.

Gerainya biasa sahaja. dari pengamatan kami, memang ramai orang yang berkunjung.

Menu lain pun ada, bukan setakat mee kicap. Anak teruja tengok botol air soda. Budak-budak KL memang tak pernah jumpa specis soda macam dulu-dulu.

Selain dari AM Mee Kicap, ada satu lagi tempat lain yang dikataakan popular oleh masyarakat setempat.









Mee Kicap

SAYONG

Ketika menyusuri sekitar Kuala Kangsar ternampak papan tanda bertulis Sayong. Tak terlintas langsung tentang Sayong dan hasilnya. Alang-alang dah sampai, kami singgah di satu tempat yang menghasilkan dan menjual produk dari tanah liat.

Selain labu sayong terdapat pelbagai lagi bentuk hasil dari tanah liat seperti pasu bunga dan tabung. Ketika di Sayong Tengah kami singgah sebentar di Masjid Idrisiah Kedua mengambil peluang mengerjakankan sunat dhuha di situ. Sebenarnya, amatlah rugi kalau kita pergi ke mana-mana tapi tidak mengambil peluang untuk singgah di mana-mana masjid sepanjang dalam permusafiran. Sekurangnya tunaikan solat tahiyyatul masjid. Jangan kita pula jadi seperti setengah manusia, masuk ke masjid semata melepaskan haajat sahaja!
Masjid Idrisiah Kedua Sayong Tengah

Produk Sayong
JUMAAT

Setelah mendaftar keluar dari hotel kami menuju ke Masjid Ubudiah untuk menunaikan solat jumaat. Alhamdulillah ada juga orang yang menjual dari food truck. Cendol ada, laksa pun ada. Walau pun Kuala Kangsar terkenal dengan laksanya, entah mengapa tak tergerak untuk mencubanya.Selesai jumaat, Tasik Raban menanti kami.

Pengunjung menjamu selera sebelum azan


bersambung...




Comments

Popular Posts

Scanned

Website Security Test