Sebenarnya dah lama nak tulis. Tapi masa tidak begitu mengizinkan. Harapnya ingatan masih lagi kuat dan belum pudar untuk mencoretkan pengalaman menghantar anak ke SAS.
SAS, atau Sekolah Sultan Alam Shah yang terletak di Putrajaya akan menjadi tempat anak kedua kami untuk meneruskan kelangsungannya dalam menuntut ilmu. Kami berharap ini adalah keputusan yang terbaik.
Sampai sahaja, dah ramai orang beratur. Ingatkan dah awal, rupanya tak seawal mana pun :). Proses pendaftaran memang boleh dipuji. Bukan ayat membodek, tapi itulah suasana yang dapat digambarkan.
 |
Suasana ketika mendaftar. Gambar dari FB SAS rasanya. |
Dimuka pintu pagar kami disambut anak-anak SAS, di sapa dengan baik bersama dengan carta alir proses kemasukan. Dah lambat, kena lah beratur panjang sedikit. Tapi tiadalah lama mana pun.
ABANG ANGKAT
Hari pertama dah dapat abang angkat. Suatu pendekatan yang bagus. Abang angkat ini berfungsi membantu ibu bapa dalam menguruskan urusan pendaftaran anak-anak pada hari pertama. Alhamdulillah, urusan berjalan dengan lancar dengan bantuannya.
Seusai mendengar taklimat, kami ke bilik asrama untuk menghantar barang-barang anak. Alhamdulillah, segala barang dibawa oleh abang-abang yang lebih senior. Semoga Allah membalas jasa mereka dengan balasan yang setimpal. Kalau tidak, mengah juga nak memanjat sampai tingkat 3. Semasa pendaftaran tadi kami telah diberikan kertas yang tertera nama 'dorm' dan juga rumah sukan dan juga kelas. Satu dorm tu semuanya dari rumah sukan yang sama, kelas ada yang tak sama.
 |
Inilah dorm anak-anak Dato' Onn. Salah satunya lah. Ada lagi yang lain |
Selesai urusan di asrama kami dibenarkan untuk membawa anak-anak makan bersama. Anak suka sangat dengan makanan pedas Wong Solo. Memandangkan masa masih ada, kami ke bangi bersama dengan abang angkatnya yang banyak membantu. Banyak perkara menarik yang kami dengar tentang SAS dari beliau.
ORIENTASI BERMULA.
Kami tinggalkan anak kami dengan harapan agar beliau dapat menyesuaikan diri dan menjadi insan yang berguna. Risau juga, sebab semuanya lelaki. Bimbang takut-takut tak pandai nak jaga kekemasan diri dan tempat. Maklumlah di rumah ada ibu dan ayah membantu. Ada yang memantau dan memberi arahan. Di sini, perlu bermula sendiri dan membentuk jatidiri.
 |
Main tepung kita... |
Melalui FB SAS, kami dapat lihat anak-anak ini diajar bagaiman untuk mengurus diri. Dari mengemas katil sehinggalah menggosok baju. Dengan proses orientasi yang panjang, bermacam-macam acara telah dijalankan. Ada berbentuk kerohanian, ada berbentuk santai, ada berbentuk kekeluargaan dan bermacam-macam lagi.
 |
Belajar pakai sampin agaknya... |
 |
Abang macho ajar adik-adik sidai kain |
 |
Jum belajar guna baldi |
 |
Wajah-wajah ceria |
 |
Bakal pemimpin masa hadapan |
Setelah 3 bulan berlalu. Kami amat bersyukur kerana hasil yang dibentuk betul-betul di luar dugaan. paling teruja ialah apabila melihat begnya. Macam tak percaya sahaja. Memang kemas. Cuma satu sahaja, balik banyak tidur. Yang ini rasanya penyakit mana-mana budak asrama :). Walau banyak tidur. Tugasan yang diberi tetap didahulukan.
Setakat ini, rasa amat berbaloi menghantar anak kami ke SAS. Walau pun pilihan yang dibuat asalnya mencari SPB yang dalam lingkungan terhampir dengan rumah. Yang paling hampir kami tak minta kerana akaknya pernah minta tapi tak dapat :). Dan kami difahamkan sebenarnya saingan untuk menempatkan diri ke SAS ini bukanlah mudah.
Masalah? Mana-mana asrama ada masalah. Ada setengahnya perkara lazim di mana-mana asrama yang tak perlu nak dipanjangkan dan dalam lingkungan boleh diterima. Diterima bukan bermakna membenarkan kesalahan. Apa jua bentuk kesalahan perlu dihukum sewajarnya.
Hampir semua gambar di atas datangnya dari FB SAS.
Comments
Post a Comment
Pandangan anda dihargai