BOLA SEPAK BAWAH 13 SBP KEBANGSAAN @ ASIS

Kejohanan ini berlangsung di ASIS yang disertai oleh beberapa buah sekolah. Agak bertuah kerana SAS dapat melepasi peringkat kumpulan pada hari sabtu dan menempatkan diri di peringkat separuh akhir dan akhir.

Kebetulan pada hari ahad yang sama anak yang seorang lagi ada aktiviti sehingga jam 12. Sementara menunggu aktivitinya habis, boleh lah lari kejap ke ASIS. Sempatlah menonton perlawanan separuh akhir dan akhir yang akhirnya dimenangi oleh SAS.

Lagi bertuah kerana inilah kali pertama dapat melihat anak yang seorang ini bermain di peringkat kejohanan. Masa di sekolah rendah, memang tak pernah merasa. Sama ada memang dia rahsiakan atau tidak dibenarkannya untuk melihat. Pernah sekali tengok sesi latihan, tengok dari jauh sahaja. Dah jadi keras di atas padang. Malu terlebih :)

 



Comments